Thursday, March 20, 2008

Maulidur Rasul

Ya nabi salam alaika , Ya rasul salam alaika , Ya habib salam alaika , Solawatullah alaika.....

Pada 12 Rabiul Awal bersamaan 20hb Mac 2008 ialah hari sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul. more about maulidur rasul

2 comments:

Anonymous said...

paduhalll kau tek gendut...aku ingat sapalah tek...hak3-eja...

Haji Gendutz said...

sapa tok kah...eja nie..